Patut Malaysia menang 3-0 – Brad - Utusan Malaysia

Patut Malaysia menang 3-0 – Brad

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menumpaskan Mongolia 1-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan J, kelayakan Piala Asia bawah 23 tahun di Ulaanbaatar, Mongolia semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bukan satu tetapi tiga gol sepatutnya diledak skuad bawah 22 (B-22) tahun negara ketika mengatasi Mongolia 1-0 dalam aksi Kumpulan J kelayakan Piala Asia B-23 2022, semalam.

Jurulatih kebangsaan, Brad Maloney berkata, dia kagum melihat prestasi anak-anak buahnya ketika memungut tiga mata berdepan tuan rumah itu.

Katanya, Malaysia juga berpeluang menambah ‘derita’ Mongolia, namun tandukan

NUR Azfar Fikri Azhar (kiri) meraikan jaringannya bersama Luqman Hakim Shamsudin.

pada minit ke-37 dan rembatan Mukhairi Ajmal (74) sekadar menggegarkan palang gol.

 

“Sejujurnya saya tidak menjangkakannya (Malaysia dapat mengatasi Mongolia). Ini kerana Mongolia turun dengan penuh bertenaga, kompetitif, lincah dan fizikal.

“Kami hanya ikut strategi dengan gaya tersendiri ketika berdepan dengan mereka. ­Akhirnya kemenangan berpihak kepada kami.

“Malaysia juga berpeluang menambah satu atau dua gol lagi, tetapi apa pun yang penting kami berjaya membawa pulang tiga mata.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan prestasi pemain saya hari ini (semalam),” katanya dalam sidang akhbar selepas tamat perlawanan.

Dalam saingan di Stadium Persatuan Bola Sepak Mongolia (MFF), Ulaanbaatar itu menyaksikan pemain sayap Terengganu, Nur Azfar sekali lagi muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-40.

Mengulas perlawanan akhir menentang Thailand Ahad ini, Maloney berkata, beliau telah menyaksikan negara gajah putih itu beraksi ketika seri 1-1 dengan Mongolia, sambil mengakui terdapat beberapa pemain mereka mampu memberikan ancaman.

“Hanya tinggal satu lagi perlawanan. Kami sudah melihat Thailand bermain pada Isnin lalu. Mereka sangat bagus, sangat taktikal dan mempunyai beberapa pemain yang lincah.

“Ada beberapa lagi pemain yang saya tengok sangat bagus. Jadi, saya jangkakan aksi bertemu Thailand sangat mencabar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya