fbpx

Pacquiao, Mayweather kembali ‘bertarung’

Manny Pacquiao (kanan) dan Floyd Mayweather akan kembali ‘bertarung’ di pentas berbeza.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS: Floyd Maywea­ther sedia bertarung semula dengan Manny Pacquiao, namun bukan bertinju sebaliknya bermain bola keranjang bagi tujuan amal.

Mayweather terkenal dengan kejayaan menewaskan seteru dari Filipina itu pada 2015 menerusi pungutan mata dalam pertarungan ‘paling mahal’ sepanjang zaman.

Mereka mengutip 4.6 juta tontonan berbayar, sekali gus mencatat rekod Amerika Syarikat.

Pacquiao beberapa kali memohon untuk pertarungan semula tetapi ia sering ter­halang atas pelbagai faktor.

Menurut laman portal sukan Spin PH, dua legenda itu bersetuju mengadakan perlawanan bola keranjang untuk program amal.

“Mayweather vs Pacquiao All-Star Basketball Charity akan berlangsung Disember di Las Vegas. Tarikh sebenar bakal diumumkan,” lapor mereka. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI