Mourinho 'buat hal' lagi - Utusan Malaysia

Mourinho ‘buat hal’ lagi

JOSE Mourinho mencuri tumpuan apabila sengaja menikmati makanan di atas lantai di Arena Sardegna ketika Roma menentang Cagliari dalam saingan Serie A kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAGLIARI: Jose Mourinho menyindir pegawai yang mela­rangnya memasuki bilik persalinan dan menonton perlawanan dengan makan di atas lantai di luar stadium ketika Roma menentang Cagliari pada saingan Serie A semalam.

Pengurus Roma itu dihalang memasuki bilik persalinan di Arena Sardegna rentetan tindakannya ‘mengamuk’ ketika Roma seri 0-0 dengan Napoli, Ahad lalu, yang menyaksikan dia dilayangkan kad merah.

Mourinho diiring keluar padang kerana secara sinis menepuk tangan kepada pengadil selepas dilayangkan kad merah, dan tindakan tersebut menyebabkan dia turut dihalang mendekati Cagliari.

Ketika Roma melakar kemenangan 2-1 ke atas Cagliari, Mourinho menghabiskan masa dengan santai menikmati makanan dari bekas aluminium bersama setin Coca-Cola.

Dia kelihatan menikmati makanan dan keputusan perlawanan, malah berkongsi pe­ngalaman itu da­lam Instagram.

Biarpun tidak menonton perlawanan, jurulatih kelahiran Portugal itu sangat gembira dengan penampilan sulung bintang muda berusia 18 tahun@Ohene Afena Gyan Felix.

“Perlawanan tamat…tiga mata…Makanan sedap (tidak boleh pergi ke bilik persalinan) dan seorang lagi pemain muda, Ohene Afena Gyan Felix,” tulis pengurus berusia 58 tahun itu dalam Instagram.

Sikap acuh tak acuh Mourinho terhadap larangan menonton perlawanan mendapat reaksi hangat dalam kalangan peminat Roma yang kelihatan terhibur.

“Bila anda tidak mempu­nyai tiket dan terdesak untuk menonton perlawanan,” antara komen lucu penyokong kelab Itali itu dalam Instagram. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN