Malaysia jumpa Indonesia malam ini - Utusan Malaysia

Malaysia jumpa Indonesia malam ini

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia bakal membuat perhitungan dengan juara edisi sulung, Indonesia pada suku akhir badminton Piala Sudirman di Vantaa, Finland malam ini (9 malam).

Biarpun ia bukan laluan mudah, namun undian itu dilihat lebih baik berbanding menentang pilihan utama, China, Korea Selatan atau pasukan yang menewaskan skuad negara di peringkat kumpulan, Jepun.

Tiga lagi aksi suku akhir akan menyaksikan juara 11 kali, China bertemu Denmark, Korea Selatan menentang Thailand dan Jepun berdepan Taiwan.

Terdahulu, pasukan muda negara menamatkan kempen Kumpulan D selaku naib juara selepas tewas 1-4 kepada Jepun malam tadi.

Beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbang mata tunggal yang juga mata pertama Malaysia selepas menewaskan Takuro Hoki-Yuko Kobayashi 22-20, 14-21, 21-16.

Jepun menyamakan kedudukan 1-1 selepas Akane Yamaguchi mudah menewaskan S. Kisona 21-14, 21-14 dalam acara perseorangan wanita.

Pemain No. 1 dunia, Kento Momota menghadiahkan mata kedua Jepun dengan kemenangan 21-18, 21-10 ke atas Lee Zii Jia.

Jepun meraih mata ketiga menerusi beregu wanita selepas Nami Matsuyama-Chiharu Shida menang 21-16, 21-17 kePearly Tan-M.Thinaah.

Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See turut gagal untuk menyumbang mata apabila tewas 16-21, 9-21 kepada Yuta Watanabe-Arisa Higashino dalam beregu campuran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya