fbpx

Data terperinci bantu bina pemain badminton negara

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mendapatkan data semua pemain yang beraksi dalam Piala Thomas dengan lebih terpe­rinci sebelum mempersiapkan mereka untuk menghadapi kejohanan akan datang.

Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann berkata, menerusi cara itu mereka dapat meningkatkan prestasi pemain muda negara seperti Ng Tze Yong, Leong Jun Hao dan Cheam June Wei agar lebih bersedia untuk pertandingan yang lebih berintensiti.

Katanya, semua pemain itu tampak belum bersedia beraksi dalam kejohanan besar atau menentang lawan dari kelompok utama dunia.

LEONG JUN HAO

“Ini satu pengalaman buat mereka. Kita patut lebih bersedia tahun hadapan. Letakkan sasaran yang lebih mencabar dan hala tuju pemain negara akan diumumkan selepas kami berbincang dengan pihak bertanggungjawab.

“Ini perlu supaya pemain mempunyai sasaran dan apabila sampai waktu itu mereka semua sudah bersedia dari segala aspek baik dari segi perseorangan atau beregu,” katanya.

Begitupun tegas Choong Hann, BAM mengamalkan dasar terbuka dan mereka yang ber­aksi dalam Piala Tho­mas kali ini tidak semestinya akan diberi kelebihan untuk ber­aksi pada kejohanan luar.

“Kita akui, Tze Yong dan Jun Hao bermain dengan baik kami akan terus berusaha untuk tingkatkan lagi mutu permainan mereka.

“Tapi itu tidak bermakna pemain lain tidak mempunyai peluang dan BAM sentiasa mengamalkan dasar terbuka dan mana-mana pemain yang pamerkan semangat juang kita akan bagi peluang. Apa yang penting perlu berusaha,” katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI