Aaron, Wooi Yik mungkin dipisahkan - Utusan Malaysia

Aaron, Wooi Yik mungkin dipisahkan

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada perubahan dijangka berlaku dalam barisan perseorangan negara apabila menentang Indonesia pada suku akhir badminton Piala Thomas di Aarhus, Denmark malam ini.

Bagaimanapun, Malaysia mungkin membuat taktikal berbeza dalam saingan beregu dengan sedia memecah kombinasi pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Ketika menewaskan Kanada 5-0 pada saingan Kumpulan D, Selasa lalu, Wooi Yik digandingkan dengan Nur Izzuddin Rumsani, manakala Aaron berpasangan bersama Goh Sze Wei.

SOH Wooi Yik (depan) mungkin digandingkan dengan Nur Izzuddin Rumsani sekali lagi.

Kedua-dua beregu ‘serpihan’ itu berjaya melakar kemenangan selesa dalam perlawanan mereka.

Menentang Jepun semalam, mereka kembali kepada gandingan asal, dan kedua-duanya gagal menyumbang mata.

Aaron-Wooi Yik yang menghuni ranking kelapan dunia dikejutkan 13-21, 13-21 oleh beregu No. 16 dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Sze Wei-Nur Izzuddin, pasangan No. 26 dunia pula kalah 10-21, 16-21 kepada beregu ‘serpihan’, Akira Koga-Yuta Watanabe.

MEMILIKI pasangan No. 1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo memberi kelebihan kepada Indonesia dalam acara beregu.

Indonesia memiliki beregu yang lebih mantap berbanding Jepun dengan diketuai pasangan No.1 dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dan beregu No. 2 dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.

Juara 13 kali itu turut membawa beregu No. 7 dunia, Fajar Alfian-Rian Adrianto.

‘The Daddies’ Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan mempunyai pengalaman luas.

“Dari segi barisan perseorangan tidak ada perubahan, tapi ada banyak kemungkinan dalam acara beregu.

“Kita mungkin akan mencuba kombinasi berbeza. Walau apa pun keputusan, kita hanya fikir untuk buat yang sebaik mungkin.

“Rata-rata mereka (Indonesia) boleh bertukar menjadi beregu serpihan, ia sukar diduga,” kata Ketua Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann.

Berdasarkan persiapan yang dilakukan pasukan negara, Lee Zii Jia akan mengetuai perseorangan bersama Cheam June Wei.

CHEAM June Wei menghadiahkan mata kedua negara ketika menewaskan Kanada 5-0.

Leong Jun Hao yang mengutip mata tunggal Malaysia ketika kalah 1-4 kepada Jepun dijangka mengenepikan Ng Tze Yong untuk slot perseorangan ketiga.

Semalam, Jun Hao, pemain ranking ke-120 dunia mengejutkan pemain No. 16 dunia, Kenta Nishimoto 21-19, 21-18.

Leong Jun Hao

“Leong mencatat kemenangan yang bagus ke atas lawan yang memiliki ranking lebih baik, itu memberi kepercayaan kepada kita bahawa dia boleh memikul tanggungjawab lebih berat,” kata Choong Hann.

Indonesia memiliki dua perseorangan  mantap diketuai pemain No. 5 dan 7 dunia,
Anthony Sinisuka Ginting serta Jonatan Christie.

Mereka juga membawa Shesar Hiren Rhustavito dan Chico Aura Dwi Wardoyo yang masing-masing berada di ranking ke-14 serta 64 dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.