fbpx

22 Oktober 2021, 12:03 pm

  TERKINI

Silat ‘lenyap’ di Sukan Asia 2022?

SILAT menghadiahkan empat pingat perak dan empat gangsa buat Malaysia di Sukan Asia Indonesia 2018.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas membuat kemunculan sulung pada edisi lalu, silat bagaimanapun berdepan laluan ‘berduri’ untuk kembali dipertandingkan dalam Sukan Asia tahun depan di Hangzhou.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, ia selepas individu penting, Dr. Hoang Vinh Giang dari Vietnam meninggal dunia beberapa hari lalu.

Jelas Megat, ini kerana Vinh Giang, yang juga Naib Pre­siden Majlis Olimpik Asia (OCA) disifatkan sebagai ‘jambatan’ de­ngan tuan rumah Sukan Asia 2022, China.

MEGAT ZULKARNAIN OMARDIN

“Saya sedih dengan pemergiannya kerana beliau merupakan individu yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa masuk silat ke Sukan Asia tahun depan.

“Dia kawan lama saya. Dia adalah individu terpenting dalam mengembangkan silat di Vietnam.

“Vinh Giang memiliki hubungan yang sangat baik dengan jawatankuasa penganjur Hangzhou dan diibaratkan sebagai jambatan (penghubung) bagi kami (dengan China).

“Begitupun, kami masih berusaha memasukkan silat dengan bantuan badan kebangsaan China.

“Kami juga mungkin akan terbang ke China untuk bertemu dengan jawatankuasa pe­nganjur,” katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI