Sang Penyu mula langkah kanan - Utusan Malaysia

Sang Penyu mula langkah kanan

LEE Tuck (77) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika membantu Terengganu FC menumpaskan Kuching City di Kuala Nerus, sebentar tadi. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Satu gol dalam setiap babak membantu Terengganu FC memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan apabila mengatasi Kuching City 2-0 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, sebentar tadi.

Turun selaku tuan rumah, skuad Sang Penyu hanya memerlukan tiga minit untuk menguji kubu lawan menerusi sepakan bebas Lee Tuck yang ditepis penjaga gol, Wan Muhammad Azraei Wan Teh.

Kuching City terus cemas apabila sepakan percuma Tuck disambar Makan Konate, namun tandukan pemain Mali itu terkena tiang pada minit kesembilan.

Tekanan diberikan Terengganu membuahkan hasil pada minit ke-22 menerusi sepakan penalti Tuck setelah Wan Muhammad Azraei menjatuhkan Jordan Mintah untuk gol pembukaan perlawanan.

Anak-anak buah Irfan Bakti cuba memberi saingan tetapi percubaan deras Diego Baggio dinafikan penjaga gol Terengganu, Mohd. Suhaimi Husin, seminit sebelum rehat.

Pemain Harimau Malaya, Faisal Abdul Halim kemudian mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-48 apabila menyambar tandukan Konate sekaligus melebarkan kedudukan 2-0.

Tiada tambahan jaringan menyaksikan ketua pasukan, Carli De Murga terus kental mengetuai pertahanan Terengganu sehingga wisel penamat ditiupkan pengadil, Ahmad Zuhaidi Dzulkifli.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan B, juara 33 kali Selangor memerlukan sepakan penalti  Ifedayo Olusegun untuk menewaskan Perak 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya