RNF bermaksud Razlan N Family? - Utusan Malaysia

RNF bermaksud Razlan N Family?

RAZLAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sering me­ninggalkan keluarga tercinta mencetuskan inspirasi kepada Datuk Razlan Razali menggunakan nama tiga anaknya dalam entiti baharu MotoGP, RNF Racing MotoGP Team musim depan.

RNF Racing, yang diterajui Razlan merupakan sebuah pasukan yang dijenamakan semula daripada Petronas Sepang Racing Team (SRT) selepas penaja utama mereka menarik diri bermula tahun depan.

Jelas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu, nama RNF satu bentuk penghormatan kepada keluarga dan tiga lagi anaknya.

“Apa maksud RNF? Ini satu penghormatan kepada keluarga dan anak-anak saya. Semua tahu, bila kita bekerja di MotoGP, kita banyak bergerak dan tiada di rumah.

“Satu pengorbanan besar sebagai ayah kepada keluarga dan saya fikir ini masa yang sesuai untuk saya memberi penghormatan kepada anak-anak saya dengan menggunakan huruf nama mereka sebagai nama pasukan bagi tahun depan,” katanya.

PASUKAN Petronas SRT akan dijenamakan semula sebagai RNF musim depan.

Razlan yang juga Prinsipal Petronas SRT berkata demikian dalam satu hantaran video kepada kelmarin.

RNF Racing bakal berlumba sebagai pasukan bebas (independent team) dalam kelas perdana bermula musim 2022 hingga 2026.

“Pelumba bagi tahun depan seperti yang diumumkan Yamaha iaitu Andrea Dovizioso manakala pelumba kedua masih dalam perbincangan.

“Dalam tempoh sebulan lagi saya akan umumkan rakan penaja utama yang baharu dan juga rakan lain yang akan menyertai saya bagi musim depan.

“Insya-Allah pada pusingan di Misano kedua (24 Oktober) nanti, kami akan membuat pengumuman itu,” kata ­Razlan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.