Rashid ikhlas bantu Liek Hou - Utusan Malaysia

Rashid ikhlas bantu Liek Hou

RASHID Sidek menjadi watak penting di sebalik kemenangan Cheah Liek Hou dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Rashid Sidek berkata, beliau ikhlas membantu Cheah Liek Hou dan puas melihat anak didiknya itu memahat sejarah memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Rashid antara watak penting di sebalik kejayaan Liek Hou selepas memainkan peranan sebagai jurulatihnya sejak dua tahun lalu.

Beliau pernah menggalas tugas sebagai ketua jurulatih Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan melatih pemain terkemuka negara termasuk bekas jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.

“Kalau saya bantu pemain seperti ini (pemain para), kebanyakkan mereka lebih menghargai tunjuk ajar saya dan berikan komitmen sepenuhnya. Apabila kita rasa dihargai, itu yang memberikan kita kepuasan sebagai jurulatih.

“Saya memang ikhlas untuk berkongsi ilmu dengan mereka, tidak semua perkara adalah mengenai duit. Daripada kita mahu ajar orang tetapi orang tidak mahu, lebih baik kita ajar mereka yang benar-benar mahu, lagi saya puas hati,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Liek Hou muncul pemain pertama negara memenangi emas badminton yang membuat penampilan sulung dalam Sukan Paralimpik.

Pemain berusia 33 tahun itu yang beraksi bagi kategori SU5 muncul juara selepas menumbangkan pemain No. 1 dunia yang juga musuh tradisinya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-17, 21-15 dalam aksi final di Stadium Kebangsaan Yoyogi kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya