'Mesin gol' Selangor sedia menggempur - Utusan Malaysia

‘Mesin gol’ Selangor sedia menggempur

IFEDAYO OLUSEGUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Muncul penja­ring terbanyak Liga Super dua musim berturut-turut, Ifedayo Olusegun bersedia menjadi sebagai mesin gol Selangor sekali lagi dalam Piala Malaysia dan mengekalkan momentum positif Red Giants yang menang lima daripada enam aksi ter­akhir liga.

Selepas dikecewakan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada separuh akhir 2019, Red Giants turun dengan misi memburu trofi ke-34, sekali gus mengembalikan reputasi sebagai ‘King of Malaya’.

Ketajaman Ife­dayo meledak 25 gol musim ini, iaitu rekod baharu Liga Super, menjadi kekuatan utama Selangor untuk merampas trofi yang kali terakhir dimenangi enam tahun lalu.

PEMAIN Selangor menjalani latihan akhir kelmarin menjelang pertemuan menentang Perak dalam aksi pembukaan Piala Malaysia di Petaling Jaya malam ini. – IHSAN SELANGOR FC

Jaringan Ifedayo memadam rekod 23 gol yang dipegang oleh Mohamad Ghaddar pada musim 2017.

“Mengapa tidak (muncul juara)? Saya rasa kami boleh konsisten dalam Piala Malaysia, cuma berdasarkan pengalaman, Piala Malaysia pertandingan berbeza dan suasananya tidak sama dengan bersaing di liga.

“Adakalanya pasukan bukan pilihan boleh menghadirkan kejutan dan kami perlu meningkatkan prestasi jika mahu melakar sesuatu.

“Kami tidak boleh tewas mana-mana perlawanan dan sudah tentu penyokong mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada pasukan,” kata Ifedayo.

Selangor yang memegang re­putasi pasukan terhebat dalam sejarah Piala Malaysia de­ngan 33 gelaran menamatkan kempen Liga Super di tangga kelima.

Mereka menjadi pilihan untuk melepasi Kumpulan B bersama Terengganu FC.

Selangor akan memulakan kempen dengan menentang Perak di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini. Turut diundi dalam Kumpulan B adalah Kuching FC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya