Malaysia lepasi halangan pertama Piala Sudirman - Utusan Malaysia

Malaysia lepasi halangan pertama Piala Sudirman

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kurang meyakinkan, namun kemenangan 3-2 ke atas England dalam aksi pembukaan kejohanan badminton Piala Sudirman hari ini mencerahkan peluang Malaysia untuk melangkah ke suku akhir.

Biarpun ada sedikit kebimbangan dalam saingan wanita, namun aksi meyakinkan yang ditunjukkan beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See selepas enam bulan tidak beraksi memberi kelegaan buat skuad muda negara.

Pasangan No. 27 dunia itu mengutip mata pertama Malaysia selepas menumpaskan gandingan No. 7 dunia. Marcus Ellis-Lauren Smith 21-19, 21-18.

Juara All England, Lee Zii Jia memenuhi ramalan dengan mudah mengutip mata kedua selepas membenam pemain muda lawan, Johnnie Torjussen 21-4, 21-15.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengesahkan kemenangan Malaysia selepas berhempas pulas menumpaskan Ben Lane-Sean Vendy 22-20, 21-18 untuk mata ketiga.

Malaysia gagal mempamer aksi meyakinkan dalam saingan wanita selepas juara Sukan SEA, S. Kisona tewas 16-21, 20-22 kepada Abigail Holden 16-21, 20-22, manakala juara Terbuka Switzerland, Perly-Thinaah tumpas 18-21, 21-17, 10-21 di tangan Chloe Birch-Lauren Smith.

Hari ini, Malaysia akan meneruskan kempen dengan menentang Mesir, pasukan yang dianggap paling lemah dalam Kumpulan D, dan kemenangan akan mengesahkan tiket suku akhir.

Begitupun cabaran utama Malaysia adalah bertemu Jepun pada perlawanan terakhir kumpulan, Khamis ini. Jepun memulakan kempen dengan membelasah Mesir 5-0 hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya