Jawatankuasa khas siasat isu Ziyad - Utusan Malaysia

Jawatankuasa khas siasat isu Ziyad

MUHAMMAD ZIYAD ZOLKEFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menggerakkan Jawatankuasa Siasatan bagi melihat insiden hingga menyebabkan pingat emas yang dimenangi Ziyad Zolkefli ditarik balik.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, jawatankuasa itu juga akan melihat insiden tersebut secara menyeluruh dan menyediakan pelan tindakan lanjut.

Katanya, dia telah mengarahkan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail bersama MPM melihat apa yang perlu dilakukan mengenai bantahan dan rayuan rasmi yang telah dilakukan juga kaedah pada masa depan bagaimana hendak menangani supaya insiden yang sama tidak akan berlaku kepada atlet negara nanti.

“Saya juga ingin menggesa untuk semua pihak tidak menuding jari mencari kesalahan sesiapa dalam hal ini tetapi yang paling penting agar semua pihak termasuk Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Olahraga Para Dunia  (WPA) melihat semula peraturan – peraturan termasuk peraturan yang memerlukan kebijaksanaan dalam menguruskannya,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

AHMAD FAIZAL AZUMU

Ahmad Faizal berkata, KBS memandang serius insiden yang berlaku dan merasa amat kesal dan kecewa dengan tata cara Jawatankuasa Penganjur khususnya pihak WPA dan IPC dalam mempertimbangkan situasi dan keadaan sebenar serta hasrat dan semangat temasya Paralimpik ini dianjurkan.

Katanya, Malaysia kecewa kerana kita begitu setia berdiri dibelakang IPC menyokong temasya ini dilangsungkan dalam keadaan mengancam nyawa atlet-atlet tetapi sedikit kelewatan kalau benar ia berlaku tidak dapat diberi pertimbangan sewajarnya.

“Apatah lagi atlet-atlet tersebut telah bersedia menunggu selama lima tahun tetapi harapan dan semangat paralimpik mereka dimusnahkan kerana kelewatan tidak sampai pun lima minit sahaja.

“Bukan kepada seorang sahaja atlet tetapi melibatkan tiga atlet dari tiga negara dan ini adalah sesuatu yang amat mendukacitakan,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Faizal merakamkan ucapan terima kasih kepada deligasi Equador dan Australia yang telah bersama-sama Malaysia mengemukakan rayuan.

“Walaupun sebarang keputusan rayuan tersebut tidak memberi kesan perolehan pingat kepada atlet mereka sendiri, tetapi atas dasar semangat kesukanan paralimpik yang tinggi, kedua-dua negara tersebut berdiri teguh menyokong rayuan kontinjen Malaysia,” katanya.

Rayuan kontinjen Malaysia terhadap penarikan pingat emas yang dimenangi Ziyad dalam kategori dalam acara lontar peluru F20 ditolak panel juri Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Terdahulu Ketua kontinjen Malaysia yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin memaklumkan rayuan ditolak kerana bertentangan dengan peraturan pertandingan Olahraga Para Dunia di perenggan 5 (Failure To Report To The Call Rooms) yang mana atlet boleh dihalang menyertai pertandingan kerana kelewatan melapor diri atau pun dibenarkan menyertai pertandingan tertakluk kepada keputusan ‘Call Room’.

“Sekiranya kesalahan berkenaan terbukti dilakukan, maka keputusan atlet tersebut dicatat sebagai DNS (Did Not Start). Selepas rayuan dibuat akhirnya Ziyad bersama atlet dari Ecuador dan Australia dibenarkan menyertai pertandingan secara bersyarat (under protest),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya