Wira, wirawati negara selamat tiba di tanah air - Utusan Malaysia

Wira, wirawati negara selamat tiba di tanah air

AARON Chia dan Soh Wooi Yik selamat tiba di tanah air hari ini selepas meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 bersama atlet memanah, olahraga dan menembak dengan disambut oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. - IHSAN MAJLIS SUKAN NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kepulangan pemenang pingat pertama negara di Olimpik Tokyo 2020 iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bersama 31 orang atlet dan jurulatih disambut Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebaik mereka tiba di Malaysia petang tadi.

Aaron-Wooi Yik bersama kumpulan Kontinjen Malaysia daripada sukan memanah, olahraga, menembak dan badminton tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, jam 5.20 petang dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH0071.

Kesemua atlet negara itu antaranya Khairul Anuar Muhammad daripada sukan memanah, Azreen Nabila Alias (olahraga) serta pemain badminton perseorangan lelaki dan wanita Lee Zii Jia dan Soniia Cheah Su Ya, serta pemain beregu campuran Chan Peng Soon yang masing-masing telah menamatkan cabaran di Tokyo.

“Saya melahirkan rasa terharu dan bangga atas kesungguhan serta pengorbanan atlet negara yang telah bersaing di Tokyo.

“Walaupun ada dalam kalangan atlet yang tidak dapat menghadiahkan pingat kepada negara namun mereka tetap menjadi juara di hati rakyat Malaysia,” kata Wan Ahmad Fayhsal dalam satu kenyataan media, hari ini.

Turut hadir menyambut kepulangan wira dan wirawati negara yang menyertai Sukan Olimpik kali ke-32 itu adalah, Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli dan Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh turut meraikan kepulangan atlet-atlet negara berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya