Petronas, SIC tamatkan kerjasama - Utusan Malaysia

Petronas, SIC tamatkan kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Litar Antabangsa Sepang (SIC) dan Petronas akan menamatkan jalinan kerjasama dalam penajaan Sepang Racing Team (SRT) pada penghujung musim MotoGP 2021.

Petronas merupakan penaja utama kepada SIC sejak 2018 menerusi Petronas Sprinta Racing dalam saingan Moto 2 dan Moto 3 dan tujuan utama adalah untuk membesarkan jalinan kerjasama menerusi Petronas Yamaha Sepang Racing Team.

Perkembangan lanjut mengenainya akan diumumkan tidak lama lagi dan pasukan akan meneruskan MotoGP 2022 sebagai entiti bebas baharu.

“SIC ingin mengucapkan terima kasih kepada Petronas atas jalinan kerjasama yang diberikan selama ini.

“Kami menghormati keputusan Petronas dan jalinan kerjasama ini sudah pun mencapai objektif yang ditetapkan.

“Kami gembira dengan jalinan kerjasama selama ini dan saya percaya ini bukan pengakhiran kepada kerjasama dalam bidang sukan permotoran kerana kami akan meneruskan usaha dalam membangunkan bakat baharu dalam sukan ini,” katanya.

Sementara itu, Prinsipal pasukan PETRONAS Sepang Racing Team, Datuk Razlan Razali berkata, pihaknya tidak dapat memberikan sebarang maklum balas mengenai perkara itu.

“Kami sebagai pasukan akan membuat pengumuman mengenainya sebelum perlumbaan di Grand Prix Silverstone tentang hala tuju pasukan untuk tempoh tiga tahun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya