Chelsea laung amaran awal - Utusan Malaysia

Chelsea laung amaran awal

CHRISTIAN Pulisic celebrates (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika membantu Chelsea menumpaskan Crystal Palace di Stamford Bridge, London hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara Eropah, Chelsea melaungkan amaran kepada pencabarnya apabila memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3-0 ke atas Crystal Palace hari ini, sekali gus menyertai Manchester United di kelompok atasan liga.

Bek kiri Sepanyol, Marcos Alonso menyempurnakan sepakan bebas ke penjuru gawang lawan untuk meletakkan Blues mendahului 1-0 di Stamford Bridge pada minit ke-27.

Penyerang Amerika Syarikat (AS), Christian Pulisic menggandakan kedudukan 2-0 selepas menyudahkan bola lantun, lima minit sebelumt amat separuh masa pertama.

Membuat penampilan sulung bersama Blues, bek tengah, Trevoh Chalobah melengkapkan kemenangan 3-0 selepas melakukan rembatan jauh yang cantik, menewaskan penjaga gol lawan, Vicente Guaita pada minit ke-58.

Biarpun menyertai Chelsea sejak usia lapan tahun, namun Chalobah, 22, menghabiskan tiga musim terakhir dengan dipinjamkan kepada kelab England dan Perancis.

Kemenangan itu memenuhi reputasi Chelsea sebagai antara pilihan utama untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana musim ini selepas muncul juara Eropah, Mei lalu, selain baru dinobat sebagai juara Piala Super menewaskan Villarreal, Khamis lalu.

Kemenangan itu menyaksikan anak-anak buah Thomas Tuchel berkongsi tiga mata bersama United yang menghuni kedudukan teratas liga selepas membelasah Leeds United 5-1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN