Switzerland, Wales sama kuat - Utusan Malaysia

Switzerland, Wales sama kuat

Penyerang Switzerland, Breel Embolo meraikan gol pembukaan bersama rakan sepasukannya dalam aksi menentang Wales. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU, Azerbaijan: Wales dan Switzerland membuka kempen Euro 2020 dengan berkongsi mata selepas  terikat 1-1 pada aksi Kumpulan A yang berlangsung di Stadium Olimpik, sebentar tadi.

Switzerland pastinya kecewa di atas kegagalan mengutip mata penuh selepas mencipta lebih banyak peluang dan menguasai perlawanan.

Ketumpulan jentera serangan yang diketuai Haris Seferovic menyudahkan peluang terhidang antara faktor skuad kendalian Vladimir Petkovic gagal meraih tiga mata.

Wales pula perlu berterima kasih kepada penjaga golnya, Danny Ward yang cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya jentera serangan Switzerland.

Usaha anak-anak buah Petkovic mencari jaringan pembukaan akhirnya berjaya menerusi tandukan penyerang, Breel Embolo yang menerima hantaran, hasil sepakan penjuru Xherdan Shaqiri pada minit ke-49.

Tersentak  dengan gol tersebut, Wales terus meningkatkan tempo permainan dan berjaya menyamakan kedudukan juga menerusi tandukan oleh penyerang, Kieffer Moore pada minit ke-74.

Switzerland seakan mampu membawa pulang tiga mata, namun gol yang dijaringkan pemain gantian, Mario Gavranovic lima minit sebelum tamat permainan dibatalkan selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati dia berada dalam kedudukan ofsaid.

Aksi serang-menyerang kedua-dua pasukan dalam lima minit terakhir gagal menghasilkan sebarang jaringan, sekali gus kedudukan kekal hingga wisel penamat ditiupkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya