Lima padang golf di Malaysia antara 100 terbaik Asia - Utusan Malaysia

Lima padang golf di Malaysia antara 100 terbaik Asia

GAMBAR HIASAN - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima padang golf di negara ini termasuk di Kuala Lumpur, Pulau Langkawi, Selangor dan Johor dinobat antara 100 Lapangan Golf Terbaik Asia 2021.

Makluman mengenai itu diterima daripada Tourism Malaysia apabila Pengarah Pejabat Tourism Malaysia di Guangzhou, China, Aaron Gan Chai Heng hadir dalam majlis tahunan anjuran Golf Travel Magazine di Bandaraya Wanning, Wilayah Hainan baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, Aaron menerima anugerah pengiktirafan ranking bagi Malaysia.

Kelab golf yang diiktiraf itu adalah Tournament Players Clup (TPC) Kuala Lumpur yang berada di tempat 21, The Els Club Teluk Datai, Pulau Langkawi (51) dan The Mines Resort & Golf Club, Selangor.

Selain itu, Forest City Golf Resort, Johor berada pada kedudukan ke-78 dan Kota Permai Golf & Country Resort Club, Selangor pula di tempat ke-79.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya