Faizal, Fitri hilang bapa tercinta - Utusan Malaysia

Faizal, Fitri hilang bapa tercinta

GAMBAR kenangan Fitri (kiri) dan Faizal (kanan) bersama bapa mereka, Saari Zakaria.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang hoki adik-beradik, Faizal dan Fitri Saari kehilangan bapa tercinta, Saari Zakaria yang meninggal dunia akibat strok otak hari ini.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh keluarga mereka melalui hantaran di Facebook sebentar tadi.

Saari yang disahkan mengalami strok otak pada 21 Jun lalu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.15 pagi tadi.

Beliau adalah ‘tulang belakang’ yang membawa Faizal dan Fitri menjadi bintang hoki kebangsaan dengan menjadi penyokong tegar karier kedua-dua anaknya, malah terkenal sebagai pecinta sukan tanah air.

“Assalamualaikum. Saya anak kepada Saari Zakaria, minta sedekahkan Al Fatihah kepada arwah abah saya. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada 28.6.2021 pukul 11.15 pagi.

“Kalau arwah abah saya ada hutang minta halal atau boleh WhatApss di 014-2118010 atau datang ke rumah saya,” tulis hantaran di akaun Facebook Saari Pomen.

Sementara itu, Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Dr. S. Shamala turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Encik Saari adalah ahli istimewa dalam keluarga hoki dan meninggalkan kita semua hari ini. Arwah seorang bapa yang dedikasi kepada Faizal dan Fitri.

“Seorang yang menyokong sukan hoki di dalam negara kita. Ia satu kehilangan besar buat kita semua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya