Barbora lengkapkan kejutan Roland Garros - Utusan Malaysia

Barbora lengkapkan kejutan Roland Garros

BARBORA Krejcikova meraikan kejayaan menewaskan pemain Greece, Maria Sakkari pada separuh akhir Terbuka Perancis di Paris hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Barbora Krejcikova melengkapkan kejutan besar dalam kejohanan tenis Terbuka Perancis apabila bakal menentang Anastasia Pavlyuchenkova dalam pertembungan merebut kejuaraan perseorangan wanita esok.

Pemain Republik Czech itu menyelamatkan mata perlawanan sebelum menyingkirkan pilihan ke-17 dari Greece, Maria Sakkari 7-5, 4-6, 9-7 pada separuh akhir hari ini.

Krejcikova, 25, muncul pemain bukan pilihan keempat dalam tempoh lima tahun berjaya melangkah ke final Roland Garros.

Dia pernah memenangi kejuaraan Terbuka Perancis 2018, namun sebagai pemain beregu dan pencapaian terbaiknya dalam saingan perseorangan hanyalah mara ke pusingan keempat tahun lalu.

Bukan kali keenam berturut-turut, kejuaraan perseorangan wanita Terbuka Perancis bakal dimiliki oleh muka baharu.

“Saya sentiasa mahu beraksi dalam perlawanan seperti ini. Ketika masih muda dan bermain di peringkat remaja, saya suka bermain dalam perlawanan sengit yang mencabar kedua-dua pemain.

“Sekalipun jika saya tewas hari ini, saya bangga dengan diri sendiri kerana telah berjuang habis-habisan. Kemenangan ini satu bonus yang tidak dijangka,” kata Krejcikova.

ANASTASIA Pavlyuchenkova muncul pemain wanita Rusia pertama melangkah ke final Grand Slam sejak Maria Sharapova pada 2014.

Terdahulu, Pavlyuchenkova melangkah ke perlawanan akhir Grand Slam buat kali pertama selepas menyingkirkan pemain Slovania, Tamara Zidansek 7-5, 6-3.

Pavlyuchenkova muncul pemain wanita Rusia pertama melangkah ke final Grand Slam sejak Maria Sharapova pada 2014. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.