Pemergian Haziq kehilangan besar buat negara, Johor - Utusan Malaysia

Pemergian Haziq kehilangan besar buat negara, Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Persatuan Memanah Negeri Johor (PMNJ) menyifatkan pemergian Haziq Kamaruddin sebagai satu kehilangan besar buat negara dan Johor yang menjadi tempat bakatnya dicungkil dalam sukan tersebut.

Presiden PMNJ, Mohd. Shukri Mohd. Misbah berkata, Haziq pernah mewakili Johor dalam Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka pada 2010 dengan menggondol 10 pingat emas.

Katanya, kejayaan beliau telah memberi suntikan dan motivasi kepada lahirnya ramai bakat-bakat dalam bidang memanah sama ada di peringkat negeri atau Sukma sebagai tapak mereka pergi jauh dalam sukan memanah.

“Allahyarham Haziq pernah berlajar di Sekolah Sukan Johor di Bandar Penawar yang kini dikenali sebagai Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) sebelum ke Sekolah Sukan Bukit Jalil.

“Bukan sahaja negara, Johor juga kehilangan bakat yang digilap semasa belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Utara pada usia 11 tahun sebelum mewakili Johor di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) pada usia 12 tahun,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, guru yang mencungkil bakat Haziq, Mohd. Sean Rebo terkejut menerima perkhabaran mengenai kematian Allahyarham hari ini selepas membaca laporan media.

Katanya, selepas menunjukkan pencapaian cemerlang dalam sukan memanah, arwah telah diterima masuk ke SSTMI pada usia 14 tahun dan pernah bersekolah sementara di SMK Aminuddin Baki bagi program Sukma Johor.

“Bersesuaian dengan fizikal Haziq pada usia 11 tahun, dia telah memilih sukan memanah yang ketika itu saya mengajar di SMK Tasek Utara serta Pengerusi Teknik dan Jurulatih Memanah MSSJ.

“Arwah telah mewakili Johor ke MSSM bagi kategori umur 12, 15 dan 18 tahun dan pada usia 17 tahun telah diterima sebagai atlet remaja kebangsaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.