Pahang tambah derita Perak - Utusan Malaysia

Pahang tambah derita Perak

SUAR yang dibaling penonton di atas padang ketika perlawanan Liga Super di antara Perak FC dan Sri Pahang FC di Stadium Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Luka Perak bertambah parah apabila tumpas 2-3 kepada Sri Pahang dalam aksi  Liga Super di Stadium Perak malam ini.

Bertambah malang, Bos Gaurus juga bakal berdepan tindakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selepas penyokong membaling suar ke dalam padang pada minit-minit terakhir perlawanan .

Dua jaringan pemain import baharu,  Kenjok  Athiu dan Aung Kaung Mann membolehkan anak-anak buah Dollah Salleh keluar dari zon penyingkiran.

Jaringan Perak pula disempurnakan oleh Leandro Dos Santos dan Careca.

Aksi babak pertama menyaksikan Perak menguasai 30 minit permainan tetapi gagal menyudahkan peluang yang dicipta.

Pemain import baharu Perak, Nana Poku gagal memanfaatkan tiga peluang keemasan pada minit ketujuh, ke-38 dan ke-41.

Walaupun bermain secara bertahan, Pahang berjaya merobek gawang tuan rumah menerusi Kaung Mann pada minit ke-34.

Memasuki babak kedua Tok Gajah menyerang bertalu-talu dan menambah derita Perak pada minit ke-57 apabila Athiu merembat dari jarak dekat untuk kedudukan 2-0.

Penalti Dos Santos menghidupkan harapan Bos Gaurus pada minit ke-68, namun Athiu menjaringkan gol ketiga Pahang di minit ke-87 bagi menguburkan impian Perak untuk bangkit.

Careca merapatkan jurang 2-3 pada waktu kecederaan, namun sudah terlambat untuk Perak bangkit.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya