Terengganu II menang pertarungan dramatik - Utusan Malaysia

Terengganu II menang pertarungan dramatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tujuh gol terhasil di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini yang menyaksikan Terengganu FC (TFC) II bangkit menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) II, 4-3 dalam aksi Liga Perdana malam ini.

Dalam aksi penuh dramatik itu, JDT II terlebih dahulu mendahului menerusi rembatan lencong ketua pasukan, Nicolas Fernandez dari luar kotak penalti pada minit ke-22.

Begitupun, dominasi JDT II terhenti seketika apabila hantaran ke belakang Syazwan Andik Ishak (m-41) dipintas Jordan Mintah yang mudah menyamakan kedudukan 1-1.

Babak pertama menjadi milik JDT II menerusi Fernando Rodriguez yang menolak masuk bola muntah berpunca tandukan Gary Steven sejurus sebelum rehat.

Aksi semakin rancak dengan TFC II kembali mengikat kedudukan melalui Argzim Redzovic yang menanduk kemas sepakan percuma Hairiey Hakim Mamat pada minit ke-52.

Kedudukan berpihak JDT II pada minit ke-68 selepas Rodriguez menyambar hantaran lintang Syazwan Andik untuk gol kedua peribadi dan gol ketiga pasukannya.

Kebangkitan TFC II tercipta di hujung permainan melalui Masaki Watanabe yang menyudahkan peluang terhidang berpunca sepakan penjuru Muslihuddin ‘Atiq Mat Zaid pada minit ke-83.

Mintah muncul wira TFC II dengan gol kemenangan pada minit ke-90 selepas menyambung hantaran pendek Mohd Isa Raman untuk menamatkan permainan dengan kemenangan 4-3.

Kemenangan itu turut membantu Sang Penyu menamatkan badi seri dan melonjak ke tangga kelima mengumpul 12 mata manakala JDT II kekal dengan 14 mata di kedudukan kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.