Tangani segera kes Covid-19 di ABM - Reezal - Utusan Malaysia

Tangani segera kes Covid-19 di ABM – Reezal

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengarahkan tiga organisasi sukan agar mengambil tindakan segera susulan enam pemain badminton negara dijangkiti Covid-19.

“Saya sudah dimaklumkan mengenai kes jangkitan Covid-19 di ABM (Akademi Badminton Malaysia). Arahan sudah diberikan kepada MSN (Majlis Sukan Negara), ISN (Institut Sukan Negara) dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) supaya mengambil tindakan segera mengikut arahan dan prosedur KKM (Kementerian Kesihatan),” katanya dalam Twitter.

Kata Reezal Merican, keselamatan atlet, jurulatih dan pegawai sentiasa menjadi keutamaan.

BAM dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan enam pemainnya disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian.

Badan induk itu berkata, kesemua pemain berkenaan tidak menunjukkan sebarang simptom dan pada ketika ini sedang menjalani kuarantin serta pemantauan mengikut kepada protokol ditetapkan KKM, KBS dan MSN.

Selain itu, ABM turut menjalani proses sanitasi pada Jumaat lalu.

“Selepas perbincangan bersama KKM, MSN dan Institut Sukan Negara (ISN), sejumlah 91 pemain, jurulatih dan pegawai yang bertempat di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara secara serta merta melakukan ujian calitan. Hasil ujian berkenaan menunjukkan negatif.

“Latihan dalam kuarantin yang sebelum ini dilakukan di ABM terpaksa diperkenalkan semula manakala aktiviti persekolahan pula akan dijalankan secara dalam talian untuk tempoh beberapa hari.

“Kesihatan dan keselamatan semua pihak di ABM menjadi keutamaan pihak kami,” kata BAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya