Spurs pecat Mourinho! - Utusan Malaysia

Spurs pecat Mourinho!

JOSE MOURINHO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jose Mourinho dipecat Tottenham hanya selepas 17 bulan membimbing kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.

Ini bukan kali pertama pengendali dari Portugal itu berdepan situasi ‘dipecat’, malah tiga pemecatan terdahulu berlaku ketika dia membimbing kelab England – Chelsea (dua kali) dan Manchester United.

Spurs mengalami musim yang malang tahun ini selepas kelab London itu terkeluar dari kelompok lima terbaik liga dalam  mata selain tersingkir daripada saingan Liga Europa.

Mourinho berdepan tekanan yang hebat susulan prestasi hambar anak buahnya dan kini ditunjukkan jalan keluar oleh pemilik kelab, Deniel Levy.

Bekas pemain tengah Spurs, Ryan Mason dijangka mengambil alih tempat Mourinho sebagai pengurus sementara sambil dibantu Chris Powell sehingga tamat saingan hujung musim ini.

Pengurus tetap bagi menggantikan Mourinho akan diumumkan pada penghujung musim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya