fbpx

Sharbinee masih berbisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee mempamerkan aksi cukup cemerlang mengawal gawang Sarawak United apabila hanya dibolosi satu gol sepanjang enam perlawanan Liga Perdana yang telah berlangsung.

Jelasnya, prestasi itu bukan kerana dirinya sahaja tetapi hasil kerjasama rakan sepasukan.

“Prestasi yang saya pamerkan bersama pasukan, bukan atas saya seorang sahaja tetapi adalah kerjasama rakan sepasukan, bukan sahaja mereka yang bermain di bahagian pertahanan tetapi semua pemain,” katanya.

Sharbinee berjaya mempertahankan gawang Sarawak United tidak bolos sepanjang tempoh 450 minit (5 perlawanan) sebelum pemain Skuad Projek FAM-MSN, Azhad Harraz Arman, menjadi pemain pertama menewaskannya melalui sepakan penalti pada minit-57.

Bekas penjaga gol Terengganu, Selangor dan Pahang itu, sama sekali tidak menyangka mampu tampil dengan prestasi sebegini memandangkan hanya bersama dengan pasukan selama seminggu sebelum sepak mula liga.

“Kalau diikutkan, saya rasa gembira dengan keserasian yang terpamer sesama kami biarpun pasukan ini sebenarnya lebih separuh terdiri pemain-pemain baharu.

“Saya sendiri di saat-saat akhir masuk ke Sarawak United setelah dipelawa daripada jurulatih (E.Elavarasan), kalau diikutkan saya ada fikir hendak bersara ekoran tiada tawaran yang datang selepas keluar dari Pahang.

“Namun mungkin pengalaman yang ada pada sebahagian besar pemain dalam pasukan menjadikan kami cepat memahami cara permainan masing-masing dan ini sudah terbukti sejak perlawanan pertama lagi,” ujarnya.

Sharbinee, 35, merupakan bekas penjaga gol kebangsaan pada tahun 2009 hingga 2011 serta pernah beraksi di Sukan SEA Laos, dan banyak menghabiskan kariernya di Terengganu iaitu kira-kira 10 tahun.

×
×