fbpx

7 Mei 2021, 12:39 am

  TERKINI

Quartararo rangkul kejuaraan kedua berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTIMAO: Penunggang Yamaha, Fabio Quartararo memenangi perlumbaan MotoGP kedua berturut-turut selepas menakluk Grand Prix (GP) Portugal sebentar tadi, manakala pelumba Honda, Marc Marquez yang membuat kemunculan semula menamatkan saingan di tempat ketujuh.

Quartararo mengulangi kejayaan di GP Doha setelah mengungguli hampir kesemua pusingan di Litar Antarabangsa Algarve, sekali gus membolehkannya memungut 15 mata selaku pemenang.

Francesco Bagnaia dan juara MotoGP 2020, Joan Mir masing-masing melengkapkan podium, manakala Johann Zarco yang juga pendahulu keseluruhan sebelum perlumbaan bermula mengalami kemalangan pada pusingan penutup.

Juara dunia enam kali, Marquez, yang membuat penampilan semula sejak tersisih pada Julai tahun lalu, berada di tempat keenam pada awal saingan dan mara ke kedudukan ketiga.

Susulan ‘sentuhan’ yang berlaku di antara dia dengan Mir menyaksikan pelumba Sepanyol itu beralih ke belakang sebelum bangkit mengejar untuk berada di tempat ketujuh.

Valentino Rossi dari Petronas Yamaha SRT dan Jack Miller (Ducati) gagal menamatkan perlumbaan selepas mengalami kemalangan, manakala pemenang GP Qatar, Maverick Vinales di tempat ke-11.- AGENSI