Penyokong Liverpool selar tindakan kelab sokong Liga Super - Utusan Malaysia

Penyokong Liverpool selar tindakan kelab sokong Liga Super

SEPANDUK menentang tindakan Liverpool menyokong penganjuran Liga Super Eropah dipasang peminat di luar Stadium Anfield semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Penyokong Liverpool menyelar tindakan kelab menandatangani persetujuan untuk menyertai Liga Super Eropah (ESL) dengan memasang kain rentang di luar Anfield sebagai tanda bantahan.

Kumpulan penyokong berpengaruh, Liverpool Spion Kop 1906 pula mengeluarkan semua sepanduk dan bendera mereka dari stadium sebagai membantah keputusan yang dianggap ‘memalukan’.

Selain Liverpool, lima lagi gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United, Manchester City, Chelsea, Arsenal dan Tottenham membentuk ‘Big Six’ menyatakan sokongan untuk beraksi dalam liga baharu yang ditentang badan bola sepak Eropah, UEFA.

Turut menyatakan persetujuan adalah gergasi La Liga, Real Madrid, Barcelona dan Atletico Madrid, selain kuasa bola sepak Itali, Juventus, Inter Milan dan AC Milan.

Dalam satu pengumuman yang menggemparkan peminat bola sepak Eropah semalam, ESL yang ditakbir oleh ‘Kelab Pengasas’ akan menganjurkan liga mereka sendiri melibatkan 18 hingga 20 pasukan.

“Liga Super adalah pertandingan baharu Eropah melibatkan 20 kelab teratas yang terdiri daripada 15 pengasas dan lima kelayakan tahunan.

“Selepas menamatkan peringkat kumpulan, lapan kelab akan melayakkan diri ke peringkat kalah mati. Perlawanan akan berlangsung pada pertengahan minggu dan semua kelab akan tetap beraksi dalam liga domestik masing-masing,” kata ESL dalam satu kenyataan semalam.

KUMPULAN penyokong Liverpool Spion Kop 1906 menurunkan semua sepanduk dan kain rentang yang dipasang dalam Stadium Anfield sebagai tanda bantahan.

Pengelola Liga Perdana Inggeris berkata, mereka akan melakukan apa saja untuk menghalang perkara itu daripada berlaku termasuk ‘menyingkirkan’ Big Six daripada saingan domestik.

“Kami tidak boleh lagi memberi sokongan kepada kelab yang tamak dan mengutamakan wang daripada permainan”.

Itu antara sepanduk yang dipasang di luar Anfield.

Senario sama berlaku di White Hart Lane di mana penyokong Tottenham memasang kain rentang dan sepanduk sebagai bantahan.

“Kami telah menghubungi kelab hari ini untuk menjelaskan bahawa kami mahu semua sepanduk dan bendera diturunkan secepat mungkin. Kami menarik sokongan bermula dari sekarang.

“Kami merasakan tidak dapat lagi memberikan sokongan kepada kelab yang meletakkan ‘keserakahan kewangan berbanding integriti permainan.’

“Ini memalukan dan benar-benar menjijikkan apa yang telah dilakukan oleh pemilik. Kami tidak tahu sejauh mana pencapaiannya tanpa peminat. Mereka telah menjual jiwa mereka,” kata jurucakap kepada The Athletic.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya