Kualiti serangan PJ City semakin baik - Utusan Malaysia

Kualiti serangan PJ City semakin baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Petaling Jaya City, P. Maniam mengakui, kualiti serangan pasukannya semakin meningkat dalam setiap perlawanan khususnya ketika terikat seri 1-1 dengan Pulau Pinang dalam saingan Liga Super.

Katanya, dalam aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, skuad kendaliannya mengawal permainan dengan baik pada separuh masa pertama dan berjaya memasuki kawasan pertahanan The Black Panthers 17 kali.

Katanya, pemain-pemainya juga berjaya membina serangan dari bawah membolehkan jentera serangan bergerak dengan efisyen semasa perlawanan berlangsung.

“Bagaimanapun, separuh masa kedua kami leka membuatkan Pulau Pinang menghukum kami dengan jaringan penyamaan dan saya sebagai jurulatih menghormati mereka kerana semangat juang sangat tinggi.

“Buat masa sekarang kami gembira dengan 11 mata dan kami seri dengan Pulau Pinang, bukannya kami kalah lima atau enam gol dengan mereka.

“Bagi saya semua pemain tempatan dalam pasukan ini sangat bagus,” katanya.

Dalam aksi itu, PJ City terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan V. Ruventhiran pada minit ke-39.

Sebaik sepak mula babak kedua bermula, anak-anak buah Thomas Trucha hanya memerlukan dua minit untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan Casagrande yang menewaskan penjaga gawang tuan rumah, Kalamullah Mat Rowi.

Mengulas mengenai aksi menentang UiTM, Maniam mengakui akan melakukan beberapa pertukaran pemain bagi memberi peluang kepada pemain-pemain untuk beraksi, khususnya pemain muda.

“Kami ada 25 pemain yang bersedia untuk bermain pada bila-bila masa, jadi perubahan sudah pasti akan dilakukan dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.