Kisah 'cencaru makan petang' berterusan - Utusan Malaysia

Kisah ‘cencaru makan petang’ berterusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Dua gol pada masa kecederaan menerusi pemain import dari Ivory Coast, Tchetche Kipre membolehkan Kedah mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Kuala Lumpur City 3-2 dalam aksi Liga Super penuh dramatik di Stadium Darul Aman, malam ini.

Kedah bermula garang apabila dua tonggak mereka, Baddrol Bakhtiar dan Kipre melakukan tiga percubaan tepat dalam tempoh 10 minit pertama iaitu pada minit keempat, keenam dan kesembilan.

Namun ketiganya-tiganya digagalkan oleh kecemerlangan penjaga gol Kuala Lumpur, Kevin Mendoza yang sentiasa berada pada kedudukan tepat bagi mengelakkan pintu golnya daripada dibolosi.

Meskipun Kuala Lumpur dilihat mula mendapat rentak selepas itu, pasukan tuan rumah sekali sekala terus menghadirkan ancaman.

Percubaan pemain import dari Lubnan, Rabih Ataya dari luar kotak penalti pada minit ke-34 misalnya, memaksa Kevin Mendoza melayangkan badan ke sebelah kiri bagi menyelamatkan keadaan.

PERTAHAN Kedah, Mohd. Rizal Ghazali diasak pemain KL City dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini.
UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN

Memasuki babak kedua, Kedah menggerakkan ancaman awal menerusi pemain lincah, Mohammad Fayadh Zulkifli pada minit ke-46, namun percubannya dari dalam kotak penalti, tepat ke kaki penjaga gol pelawat.

Dua minit berselang, Kuala Lumpur bagaimanapun mengejutkan pasukan tuan rumah apabila rembatan leret dari luar kotak penalti kapten mereka, Paulo Josue menerjah gawang sebelah kiri KDA FC untuk gol pertama perlawanan.

Minit ke-59, Kevin Mendoza sekali lagi bertindak cemerlang apabila merebahkan badan untuk menghalang percubaan dari luar kotak pemain pertahanan KDA FC, Muhammad Ariff Farhan Md. Isa.

AKSI Kedah menentang Kuala Lumpur City dalam saingan Liga Super malam ini berlangsung sengit sebelum tuan rumah menang 3-2 di Stadium Darul Aman, Alor Setar. – UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN

Minit ke-70. Fayadh membalas kepercayaan diberikan jurulatih, Aidil Sharin Sahak yang memasukkannya sebagai pemain gantian apabila dia bijak menyempurnakan peluang menerusi rembatan kaki kanan untuk menewaskan Kevin Mendoza bagi menyamakan kedudukan.

The City Boys bagaimanapun kembali di depan pada minit ke-78, apabila tandukan pemain pertahanan mereka, Giancarlo Gallifuoco berjaya menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mohd. Shahril Saari.

Memasuki masa tambahan, Kipre kemudiannya menyamakan kedudukan buat tuan rumah apabila menyempurnakan sepakan penalti setelah pemain gantian, dijatuhkan pemain pasukan pelawat.

Rembatan kaki kiri Kipre pada saat-saat terakhir perlawanan menggamatkan Stadium Darul Aman bagi menoktahkan perlawanan dengan keputusan 3-2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya