Pemain badminton kembali berlatih esok - Utusan Malaysia

Pemain badminton kembali berlatih esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memberikan lampu hijau kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk kembali menjalankan latihan di dalam gelanggang bermula esok.

Badan induk badminton negara itu akan kembali menggunakan pendekatan gelembung sukan dengan pengenalan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat termasuk pengasingan di antara kakitangan dan atlet.

“Keputusan itu membolehkan atlet kembali menjalani latihan dalam suasana yang selamat dan terkawal seperti yang diarahkan pihak KKM.

“BAM mengucapkan penghargaan kepada KKM, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) kerana bekerja keras bagi membolehkan program latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) berjalan segera,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan.

Sukan badminton sebelum ini dikejutkan dengan enam atlet badminton kebangsaan disahkan positif Covid-19 sebaik dibenarkan keluar pada hujung minggu dan jumlah itu meningkat kepada 14 kes ekorang penularan dalaman.

Kelmarin, kes berkenan bertambah kepada 15 selepas ujian pengesanan Covid-19 dilaksanakan terhadap 91 individu dengan seorang atlet kebangsaan daripada pemain pelapis disahkan positif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya