Hang Yee-Eng Cheong lakar kejutan di Switzerland - Utusan Malaysia

Hang Yee-Eng Cheong lakar kejutan di Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong melakar kejutan dengan menyingkirkan pilihan keempat dari England, Marcus Ellis-Chris Langridge untuk mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Switzerland hari ini.

Dalam aksi tiga set tersebut, pasangan muda negara itu terpaksa bekerja keras untuk menang 10-21, 21-15, 21-15.

Han Yee-Eng Cheong kini akan bertemu pilihan keenam dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen bagi mencari slot separuh akhir kejohanan bertaraf Siri Jelajah Dunia Super 300 itu.

Lapan lagi wakil Malaysia turut mara ke suku akhir termasuk perseorangan No.1 negara, Lee Zii Jia yang menewaskan pemain Denmark, Victor Svendsen 21-15, 21-11 untuk bertemu pilihan kelima dari India, B. Sai Praneeth.

Gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula mengesahkan slot empat terbaik selepas lawan mereka Jeppe Bay-Lasse Molhede menarik diri pada saat-saat akhir, manakala Teo Ee Yi-Ong Yew Sin menang 21-18-21-13 ke atas satu lagi wakil Denmark, Joel Eipe-Rasmus Kjaer

Dalam beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mara selepas menang 21-18, 21-17 ke atas Linda Efler-Isabel Herttrich manakala Pearly Tan-M. Thinaah menewaskan Anastasiia Akchurina-Olga Morozova 21-16, 21-18.

Turut layak ke suku akhir ialah beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya