Bergson da Silva penggempur baharu JDT - Utusan Malaysia

Bergson da Silva penggempur baharu JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua hari menjelang sepak mula pertama Liga Super menentang Kedah bagi perlawanan Piala Sumbangsih pada Jumaat ini, juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperkuat pasukan.

Terbaharu, kelab tersebut mengesahkan telah menandatangani penyerang import kelahiran Brazil, Bergson da Silva yang sebelum ini beraksi dengan pasukan Serie A negara itu, Fortaleza.

Perpindahan pemain berusia 30 tahun tersebut disahkan oleh Pengarah Sukan JDT, Martin Prest menerusi laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers hari ini.

Penyerang kelab divisyen pertama liga bola sepak Brazil itu memulakan karier profesional pada 2009 dengan mencetak 167 gol dan 37 bantuan gol sepanjang kariernya.

Bergson dilihat sebagai watak yang sesuai buat skuad Harimau Selatan bagi kancah Liga Juara-juara Asia (ACL) memandangkan dia pernah dipinjamkan ke kelab Korea Selatan pada 2011 bersama Suwon Bluewings dan Busan IPark (2015).

Sebelum ini, Fortaleza menerusi laman Twitter rasmi pasukan berkongsi, pemain berketinggian 1.80 meter itu akan beraksi bersama JDT selama empat bulan dan mempunyai pilihan sama ada menandatangani pemain itu secara tetap atau mengembalikan Bergson apabila tempoh pinjaman tamat.

Pengumuman JDT menandatangani pemain itu menerima reaksi positif para penyokong yang rata-rata tidak sabar menantikan aksi pertama Bergson dalam perlawanan merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Mereka yakin Bergson bakal menjadi peledak utama pasukan berdasarkan kemahiran kaki kiri dan kanannya untuk menyumbat gol selain membantu rakan sepasukan mencetak nama selaku penjaring gol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya