Yob sanggup berlatih dalam ‘gelembung’ - Utusan Malaysia

Yob sanggup berlatih dalam ‘gelembung’

PERAK FC berharap diberi kebenaran untuk menjalani latihan secara berpusat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemain Perak FC sanggup berjauhan dengan keluarga demi menjalani latihan intensif sebagai persediaan menghadapi Liga Malaysia (Liga M) bermula 5 Mac depan.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan ne­geri, Khairul Shahril Mohamed selepas pertemuan di antara wakil pemain dan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad semalam.

“Saya kagum dengan sema­ngat mereka. Pemain sanggup berpisah dengan keluarga demi mengadakan latihan pusat di tempat khas.

“Mereka akan bersama berminggu-minggu menjalani latihan secara tertutup di tempat khas.

“Pemain sendiri yang mahukan begitu, jadi kita akan penuhi permintaan mereka,” katanya semalam.

Beliau yang juga ahli lembaga pengarah Perak FC berkata, Perak akan mencari tempat bersesuaian agar latihan itu dapat diadakan.

Setakat ini Perak hanya menjalani latihan secara maya melalui aplikasi Zoom ekoran larangan yang dikenakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Khairul Shahril, pemain juga memberi respons positif dan tampak tidak terjejas de­ngan kemelut kewangan di hadapi Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).

Buat pertama kali pemain Perak berdepan masalah gaji tertunggak selama sebulan sete­ngah sejak November lalu berikutan tiada dana yang dibawa masuk.

Bagaimanapun masalah itu berjaya diselesaikan dengan campur tangan Kerajaan negeri untuk meletak kembali pasukan pada atas landasan yang betul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya