Woods kemalangan, kini dibedah - Utusan Malaysia

Woods kemalangan, kini dibedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Bintang golf Amerika Syarikat, Tiger Woods kini menjalani pembedahan selepas terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan keretanya ‘rosak teruk’,  kata Jabatan Polis Los Angeles hari ini.

Woods yang memandu bersendirian, dikeluarkan daripada kereta yang remuk di bahagian depan oleh bomba serta paramedik dan mengalami kecederaan teruk.

“Dia kini menjalani pembedahan dan terima kasih kepada sokongan anda,” kata ejen bekas pemain No. 1 dunia itu, Mark Steinberg.

KEADAAN kereta Tiger Woods yang terlibat dalam kemalangan berdekatan Los Angeles.

Kemalangan berdekatan Los Angeles itu tidak membabitkan kenderaan lain.

Imej televisyen menunjukkan kereta itu berada di atas rumput di tepi jalan dan bahagian depannya rosak teruk.

Woods, 46, antara pemain golf paling berjaya di dunia dengan memenangi 15 kejuaraan utama.

Dia baru-baru ini menjalani pembedahan belakang buat kali kelima dan berkata belum pasti boleh bermain pada Kejuaraan Masters yang kali terakhir dimenangi pada 2019. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya