Safiq kembali ke pangkuan JDT - Utusan Malaysia

Safiq kembali ke pangkuan JDT

SAFIQ RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bekas kapten pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim akan kembali menyarung jersi pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia musim baharu yang dijangka bermula tidak lama lagi.

Perkara itu diumumkan melalui satu video ringkas berdurasi 28 saat yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi kelab itu, hari ini.

Dalam video berkenaan, ketibaan pemain tengah itu disambut oleh Matthew Davies dan Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Pemain berusia 34 tahun ini sebelum ini pernah menyarung jersi skuad Harimau Selatan bermula tahun 2013 hingga 2018, sebelum berpindah ke Melaka United.

Sementara itu, dalam laman Instagram JDT, pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat komen ringkas sekaligus mengesahkan kepulangan pemain berkenaan.

“Welcome Home SR8. 8 for mission 8,” tulisnya ringkas di ruangan komen.

Sepanjang kariernya bersama JDT, Safiq membantu pasukan itu menjuarai beberapa piala termasuklah Piala Malaysia, Piala FA, Piala Sumbangsih, kejuaraan Liga Super dan Piala AFC.

Pemain yang turut dinobatkan sebagai pemain terbaik Piala AFC 2015 itu dijangka kembali menyarung jersi No. 8.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya