Ronaldo cipta rekod media sosial - Utusan Malaysia

Ronaldo cipta rekod media sosial

CRISTIANO Ronaldo bersama teman wanitanya, Georgina Rodríguez.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON:  Cristiano Ronaldo bukan saja memegang status antara pemain bola sepak terbaik dunia, malah paling popular dan popularitinya jauh meninggalkan pencabar lain.

Semalam, bintang Portugal itu memahat rekod baharu dengan memiliki setengah bilion pengikut atau followers di media sosial, populariti yang pasti memanfaatkan kelanya ketika ini, Juventus.

Juara liga Itali itu ketika mengadakan rundingan lanjutan kontrak dengan bekas bintang Real Madrid dan Manchester United tersebut kerana dia amat bernilai dari segi pemasaran.

Ronaldo, 36, mempunyai 261 juta pengikut di Instagram, paling ramai dalam kalangan ahli sukan.

LEBIH 261 juta peminat mengikuti Instagram Ronaldo.

Di Facebook, lebih 125 juta mengikutinya, manakala di Twitter dia mempunyai 91 juta pengikut.

Ronaldo juga mempunyai lebih sejura pengikut di YouTube.

Teman wanitanya, Georgina turut mempunyai peminat yang ramai dengan 24 juta pengikut, menjadikannya antara akaun media sosial yang berkembang pesat.

Pendapatan keseluruhan Ronaldo menerusi penajaan lebih tinggi daripada gaji yang dinikmati sebagai pemain bola sepak profesional, dan kepentingannya dapat dilihat pada setiap sektor perkhidmatan serta penjagaan diri seperti tiga pusat penanaman rambut yang besar dimilikinya di Portugal dan Sepanyol.

Juventus pula berunding dengan ejen Ronaldo, Jorge Mendes untuk memujuk Ronaldo menyambung kontrak 12 bulan lagi.

Kontraknya sekarang berakhir Jun 2022 dan gergasi Itali itu sedia membayar gaji lebih tinggi untuk mengekalkannya.

PENGIKUT CRISTIANO RONALDO DALAM MEDIA SOSIAL

Instagram  : 261 juta
Facebook   : 147 juta
Twitter       : 91 juta
YouTube    : 1.7 juta

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya