Red Devils ‘berpeluh’ jumpa Blues - Utusan Malaysia

Red Devils ‘berpeluh’ jumpa Blues

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer berharap empat pemain Manchester United yang bergelut dengan kecederaan mampu cergas untuk menghadapi Chelsea dalam perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris esok.

Situasi semasa Daniel James, Scott McTominay, Donny van de Beek dan Edinson Cavani membimbangkan pengendali Red Devils itu, manakala Paul Pogba disahkan tidak boleh beraksi untuk beberapa minggu.

James diturunkan dalam aksi Liga Europa semalam, yang menyaksikan United seri 0-0 dengan Real Sociedad, namun sudah mengesahkan tiket ke peringkat 16 akhir selepas menang 4-0 pada perlawanan pertama.

DANIEL JAMES

“Kami perlu memantau keadaan semasa Dan (James) malam ini. Scott, Donny dan Edinson masih dalam proses pemulihan, harap mereka dapat diturunkan hujung minggu ini.

“Paul (Pogba) disahkan terlepas beberapa minggu perlawanan,” kata Solskjaer dalam sidang akhbar semalam.

Kalah kepada Chelsea di Stamford Bridge akan menipiskan peluang United untuk merangkul kejuaraan liga, apatah lagi mereka kini ketinggalan jauh 10 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Chelsea juga kini berada pada prestasi terbaik sejak diambil alih oleh Thomas Tuchel bulan lalu.

EDINSON CAVANI

Biarpun Blues terkeluar daripada kelompok empat terbaik dengan menduduki tangga kelima, namun mereka hanya dipisahkan  enam mata di belakang United.

Kelab London itu juga mempunyai rehat lebih panjang kerana sudah menyelesaikan tugasan Eropah Selasa lalu dengan menumpaskan pendahulu La Liga, Atletico Madrid pada pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.

“Saya gembira dengan prestasi pasukan sejak tiba di sini. Mereka memiliki karakter, tenaga dan kualiti.

“Permainan kami amat tersusun dan yang penting, kami tidak akan menerapkan corak bertahan dengan berharap untuk melakukan serangan balas, sebaliknya Chelsea akan turun menyerang,” kata Tuchel. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya