'Kecederaan' Bale kejutkan Mourinho - Utusan Malaysia

‘Kecederaan’ Bale kejutkan Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jose Mourinho mengakui amat ‘terluka’ dengan pertahanan Tottenham selepas kalah kepada Everton dalam Piala FA pagi tadi, selain ‘terkejut’ dengan isu kecederaan terbaharu Gareth Bale.

Everton melangkah ke suku akhir buat kali pertama sejak 2016 selepas menang 5-4 dalam aksi sengit yang berlanjutan ke masa tambahan di Goodison Park.

Bernard yang seperti ditakdirkan untuk meninggalkan kelab dua minggu lalu, menjaringkan gol kemenangan Everton tujuh minit memasuki masa tambahan.

GARETH BALE

Jaringan itu memadam kebangkitan Tottenham yang terdahulu mengheret permainan ke masa tambahan selepas Harry Kane meledak gol penyamaan di minit ke-83.

Bale, 31, langsung tidak disenaraikan dalam perlawanan itu biarpun menyertai latihan pasukan semalam.

Mourinho menuntut penjelasan daripada bintang sayap Wales yang dipinjamkan oleh Real Madrid itu, dan alasan yang diberikan amat mengejutkannya

“Kami menentang West Brom Ahad lalu, dia tidak bermain. Pada hari Isnin saya agak terkejut kerana dia mahu melakukan imbasan kerana merasa tidak selesa di bahagian otot, jadi dia tidak berlatih pada Isnin.

“Kemudian pada Selasa dia berlatih bersama pasukan tapi saya diberitahu keinginannya adalah untuk bekerja dengan pasukan sains sukan bagi menguatkan bahagian yang dia tidak selesa, sebab itulah dia tidak berada di sini.

“Saya tidak anggap itu kecederaan yang jelas. Dia rasa tidak selesa dan kerana itu tidak dapat bagi 100 peratus dalam latihan tapi kita tidak bercakap tentang kecederaan,” kata Mourinho.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya