Ibrahimovic balik Old Trafford - Utusan Malaysia

Ibrahimovic balik Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara  2017, Manchester United bakal berdepan tugas sukar apabila diundi menentang gergasi Seria A, AC Milan pada pusingan 16 terakhir Liga Europa.

Lebih menarik, bintang penyerang Milan, Zlatan Ibrahimovic bakal kembali ke Old Trafford menentang pasukan yang diwakilinya dari 2016-2018.

Arsenal pula dijangka tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan seterusnya apabila bakal bertemu Olympiacos.

Satu lagi wakil daripada England, Tottenham hotspur berdepan Dinamo Zagreb untuk memburu tiket suku akhir.

Sementara itu, AS Roma yang diketuai Lorenzo Pellegrini akan menentang kelab dari Ukraine, Shakhtar Donetsk manakala Ajax bertemu Young Boys.

Dalam pada itu, Dynamo berdepan Villarreal manakala Granada bertemu Molde dan Slavia Prague berentap dengan Rangers yang dikendali Steven Gerrard. – AGENSI

UNDIAN pusingan 16 terbaik Liga Europa.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya