Guardiola terkejut City terlalu bagus - Utusan Malaysia

Guardiola terkejut City terlalu bagus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pep Guardiola terkejut dengan kecemerlangan berterusan yang ditunjukkan Manchester City ketika kebanyakan pasukan ‘menderita akibat penurunan prestasi’.

Menumpaskan Arsenal 1-0 hari ini membolehkan skuad The Citizens melakar rekod 18 kemenangan tanpa kalah, sekali gus mengukuhkan kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris.

Anak-anak buah Guardiola tidak pernah keciciran mata sejak 15 Disember dan mendahului liga dengan 10 mata ketika saingan berbaki 13 perlawanan.

Seperti pasukan lain, mereka turut berdepan jadual padat dan terkesan dengan pandemik Covid-19.

PEMAIN Manchester City meraikan kemenangan ke atas Arsenal.

“Saya terkejut dan terkesan.

“Ketika ramai orang menderita di seluruh dunia dan banyak pasukan di liga mengalami penurunan, kami konsisten sejak dua bulan lalu. Ia sesuatu yang tidak disangkakan.

“Orang sering bercakap mengenai rekod dan kemenangan tapi bukan mudah untuk menang dalam perlawanan seperti ini (bertemu Arsenal).

“Bukan selalu anda boleh menang dengan tiga atau empat gol kerana itu tidak mungkin. Menang 1-0 ke atas Arsenal sudah menggembirakan saya,” katanya.

City mempamer aksi meyakinkan sejak awal dengan membuka jaringan pada minit kedua menerusi Raheem Sterling yang menanduk hantaran silang Riyad Mahrez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya