fbpx

8 Mac 2021, 6:12 pm

  TERKINI

Sukan Universiti ASEAN mangsa terbaharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sukan Universiti ASEAN (AUG) yang dijadualkan berlangsung di Ubon Ratchatani, Thailand dari pada 18 hingga 27 Jun ini terpaksa dibatalkan susulan pandemik Covid-19.

Keputusan pembatalan bagi temasya edisi ke-20 itu diumumkan Majlis Sukan Universiti Asean (AUSC) selepas mengadakan mesyuarat bersama ketua delegasi negara-negara anggota, baru-baru ini.

Bagaimanapun AUSC bersetuju memberikan hak kepada Thailand untuk menganjurkan AUG 2022 yang dijadualkan bermula 22 hingga 30 Jun, di mana sepatutnya menjadi giliran Indonesia.

Terdahulu, temasya edisi ke-20 itu dijadualkan berlangsung pada Disember 2020, namun ditunda ke Jun 2021 sebelum ia dibatalkan.

“Ada hikmah di sebalik penangguhan AUG sebelum ini dari Disember 2020 kepada Jun 2021, kemudian dibatalkan dan akan berlangsung pada 2022.

“Sejujurnya inilah keputusan tepat dalam menangani wabak Covid-19 yang masih berada di tahap sangat membimbangkan” kata Ketua Seksyen Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dr. Pekan Ramli dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Pekan berharap, atlet institut pengajian tinggi (IPT) negara tidak luluh hati dan kecewa di atas perkhbaran duka tersebut.

“Saya harap mereka tetap bersemangat untuk meneruskan latihan dan bersiap sedia bagi menghadapi Sukan Universiti Dunia (Universiade) yang akan berlangsung pada 18 hingga 29 Ogos ini di Chengdu, China,” ujarnya.