Reputasi, Aidil dan penyokong Kedah pikat Ataya - Utusan Malaysia

Reputasi, Aidil dan penyokong Kedah pikat Ataya

RABIH ATAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Reputasi, penyokong dan ketua jurulatih, Aidil Sharin Shahak adalah tiga faktor utama yang membawa pemain sayap dari Lebanon, Rabih Ataya memilih Kedah sebagai destinasinya dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Mengisi kuota pemain Asia, Ataya, 31, Kedah adalah pasukan besar dalam Liga M dan menyertai kelab tersebut adalah satu penghormatan buatnya.

“Pulun Kedah Pulun… Saya sangat gembira dapat bersama Kedah dan berharap dapat menyumbang aksi terbaik bersama pasukan ini yang memiliki ramai penyokong, selain bergandingan dengan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak.

“Apa yang mereka maklumkan adalah Malaysia negara yang bagus kerana sebuah negara Muslim dan ini menambah minat saya untuk terus beraksi di sini dan harap dapat kekal di sini tiga atau empat tahun lagi, insya-Allah,” katanya dalam video yang dimuat naik Kedah Darul Aman FC (KDA FC) hari ini.

Ketika beraksi secara pinjaman bersama UiTM FC musim lalu, Ataya membuat sembilan penampilan dan meledak dua gol.

Ataya yang pernah membantu pasukan Ansar FC dalam saingan Piala AFC pada 2013 berkata, dia yakin persefahaman baik bakal terjalin apabila beraksi bergandingan bersama pasukan terutama dua lagi pemain import di bahagian tengah dan serangan iaitu Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya