Rabih tak sabar nak turun berlatih - Utusan Malaysia

Rabih tak sabar nak turun berlatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebaik saja tiba di bumi Darul Aman hari ini, pemain import baharu Kedah dari Lubnan, Rabih Ataya sudah tidak sabar untuk turun berlatih bersama rakan sepasukan yang baharu.

Menurut pemain berusia 31 tahun itu, reputasi Kedah sebagai salah satu pasukan gergasi tanah air membuatkannya teruja untuk berada dalam pasukan.

“Saya fikir di negara ini semua orang tahu reputasi dimiliki Kedah selaku pasukan besar. Itu membuatkan saya teruja untuk menyertai pasukan ini.

“Insya-Allah bermula esok saya akan turun menyertai latihan bersama ahli pasukan lain. Setelah hampir dua bulan tidak berlatih, saya tidak sabar untuk memberikan yang terbaik,” katanya.

Beliau ditemui pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini, hari ini.

Ketibaan Rabih turut menarik perhatian sekelompok peminat yang menanti kehadiran bekas pemain UiTM FC itu.

Rabih menambah, biar pun tidak terlalu fasih berbahasa Inggeris, beliau yakin akan dapat cepat menyesuaikan diri dengan pasukan ‘Hijau Kuning’.

“Saya tahu mengenai beberapa perkara di sini antaranya ‘Pulun Kedah Pulun.

Walaupun bahasa Inggeris saya tidak berapa baik, namun itu bukan halangan untuk saya berusaha 100 peratus.

“Apabila berada dalam pasukan besar seperti ini, sudah tentu tiada lain yang anda harapkan selain kejuaraan. Saya tak henti memikirkan mengenai perkara itu dan akan berusaha membantu Kedah mencapai kejayaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya