Perintah berkurung tidak jejas EPL - Utusan Malaysia

Perintah berkurung tidak jejas EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) dan sukan elit lain di England boleh diteruskan walaupun peraturan baharu perintah berkurung diumum kerajaan Britain hari ini.

Hampir 56 juta rakyat England akan kembali menjalani perintah berkurung sepenuhnya bagi membendung penularan Covid-19, dijangka hingga pertengahan Februari, kata Perdana Menteri, Boris Johnson menerusi televisyen.

BORIS Johnson ketika mengumumkan perintah berkurung di England hari ini.

Antara langkah diambil termasuk penutupan sekolah menengah dan rendah, yang akan dikuatkuasakan esok selepas Scotland mengumumkan pendekatan sama semalam.

Begitupun pengecualian diberi kepada ‘orang berkaitan sukan elit (dan jurulatih mereka jika diperlukan – atau ibu-bapa/penjaga jika di bawah usia 18) – atau pegawai sukan elit untuk bertanding dan berlatih.’

Perkara penting yang akan menentukan sama ada pertandingan boleh diteruskan adalah jika ujian ketat secara berterusan dilaksanakan, selain mewujudkan gelembung bio-selamat di persekitaran seperti dilakukan oleh Liga Perdana.

Perlawanan bagaimanapun akan terus berlangsung secara tertutup. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya