Logo Sri Pahang FC mantap tak? - Utusan Malaysia

Logo Sri Pahang FC mantap tak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kurang dua bulan sebelum Liga Malaysia (Liga M) 2021 membuka tirai, pasukan Sri Pahang FC memperkenalkan logo rasmi yang akan digunakan skuad Tok Gajah.

Dipilih menerusi pertandingan anjuran Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) Oktober lalu, logo berkenaan bagaimanapun menerima pelbagai reaksi peminat.

PBNP menerima 563 penyertaan mencipta logo, manakala hanya tujuh memberi cadangan kepada nama baharu pasukan.

Setiap rekaan dipilih dan disaring dengan teliti oleh panel yang dilantik dan antara syarat utama rekaan mestilah asli, tidak mengandungi unsur yang boleh dianggap sensitif atau menyinggung mana-mana agama, budaya serta kepercayaan.

“Pahang sentiasa berjaya mengelirukan pihak lawan dan kawan,” tulis Imzar Damha dalam Facebook rasmi Pahang FA ketika pasukan itu memperkenalkan logo menerusi satu video ringkas.

“Tiga logo akhir menjadi satu… Oklah tu,” kata Saifitry Ahmad.

“OK juga gabungkan logo….yang bulat menang hari tu tak minat…macam lencana sekolah…gabung gini mantap,” tulis Loba Lobo.

“Bukan yang menang hari itu logo lain ke,” tanya Mohamad Faiz.

“Undi lain, menang yang lain. Logo lain yang dia update,” kata Muhd Nazrull.

Difahamkan, daripada enam logo yang tercalon ke peringkat akhir, rekaan Mohd. Amirul Akashah menerima undian tertinggi dan dipuji penyokong Pahang, manakala logo rekaan Aliff Helmi Ismail menerima undian kedua terbanyak dan logo Fazul Nizam Kamarazman ketiga.

Bagaimanapun, PBNP membuat keputusan untuk mengabungkan tiga rekaan tersebut menjadi lambang rasmi pasukan berdasarkan syarat pertandingan yang membolehkan mereka meminda atau mengubah logo mengikut kesesuaian.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya