Liverpool 'berkarat' kalah sekali lagi - Utusan Malaysia

Liverpool ‘berkarat’ kalah sekali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOUTHAMPTON: Jurgen Klopp mengakui, Liverpool sedang melalui ‘tempoh berlarat’ selepas kekalahan 1-0 kepada Southampton pagi tadi menyaksikan juara bertahan itu gagal memenangi tiga aksi terakhir Liga Perdana Inggeris.

Jaringan bekas penyerang Liverpool, Danny Ings seawal minit kedua  melonjakkan Southampto ke kedudukan keenam, sekali gus membuatkan pengurus mereka, Ralph Hasenhuttl menangis kegembiraan sejurus tamat permainan.

Liverpool kekal menerajui liga dengan mengatasi Manchester United menerusi perbezaan g, namun Red Devils memiliki kurang satu perlawanan menjelang pertemuan kedua-dua pasukan di Anfield, 17 Januari nanti.

“Ia tempoh berkarat yang kami perlu akui.

“Hanya jika anda tahu masalahnya, baru anda boleh selesaikan, kami tidak buta. Kami perlu berjuang dan melaluinya,” kata Klopp.

JURGEN Klopp memujuk Ralph Hasenhuttl yang menangis sejurus pasukannya mengalahkan Liverpool.

Kali terakhir Liverpool gagal memenangi tiga perlawanan berturut-turut dalam Liga Perdana pada Mei 2018.

Ini adalah kedua Reds selepas dibelasah oleh Aston Villa 7-2 pada 26 Oktober lalu.

Anak-anak buah Klopp juga gagal memenangi dua aksi terakhir selepas seri 0-0 dengan Newcastle dan 1-1 menentang West Brom.

Kekalahan pertama dalam liga sepanjang tiga bulan mungkin mempercepatkan usaha Liverpool mencari pertahanan tengah pada pasaran perpindahan Januari.

Tanpa Virgil van Dijk yang cedera, Joe Gomez serta Joel Matip, Klopp menggunakan dua daripada pemain tengah pilihan, Fabinho dan Jordan Henderson bersama di bahagian pertahanan.

“Ia bukan sekadar permulaan perlahan tapi permulaan perlahan itu membuatkan hidup kami sangat sukar malam ini,” kata Klopp.

Southampton pula gagal menjaringkan gol dalam tiga aksi terakhir yang menjejaskan impian Eropah mereka tetapi hanya perlukan dua minit mendahului perlawanan menerusi  Ings.

Trent Alexander-Arnold gagal menyekat sepakan percuma James Ward-Prowse yang menuju ke kotak penalti dan Ings bijak melambungkan bola melepasi Alisson Becker ke penjuru gawang.

United dan Manchester City kini berpeluang cerah dalam perebutan kejuaraan liga apabila kedua-duanya bakal memintas Liverpool jika menang kelebihan perlawanan masing-masing. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.