Lemas ketika mahu hulur bantuan beras - Utusan Malaysia

Lemas ketika mahu hulur bantuan beras

Roslihisamsudin Suliman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Orang Kuat Malaysia hari ini mengesahkan seorang atletnya, Roslihisamsudin Suliman atau lebih dikenali sebagai Atan menjadi mangsa korban banjir.

Presidennya, Zainurizzaman Moharam dalam satu kenyataan berkata, Allahyarham, 43, lemas ketika terlibat dalam operasi membantu penduduk setempat menghadapi musibah banjir di Maran, Pahang.

“Hari yang duka buat negara, atlet Orang Kuat Malaysia Negeri Pahang, Atan disahkan menjadi mangsa korban banjir.

“Allahyarham yang aktif dalam sukan orang kuat telah terkorban ketika terlibat sama dalam operasi membantu penduduk setempat yang berhadapan dengan musibah banjir di Maran, Pahang.

“Takziah diucapkan ke atas keluarga Allahyarham. Semoga tabah dengan ujian yang dihadapi. Didoakan agar rohnya dicucuri rahmat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, Allahyarham lemas ketika cuba menghantar bantuan beras kepada jiran.

Lebih memilukan, insiden tersebut berlaku di depan mata isteri Allahyarham.

Antara kata-kata ‘trademark’ Allahyarham selaku atlet orang kuat, “Latihan pukul 4 pagi saya OK”.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.