Harapan Yew Sin, Ee Yi kembali menyala - Utusan Malaysia

Harapan Yew Sin, Ee Yi kembali menyala

TEO EE YI-ONG YEW SIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menghidupkan semula peluang untuk memburu tiket ke separuh akhir kejohanan badminton Jelajah Dunia Akhir selepas menumpaskan pasangan England, Marcus Ellis-Chris Langridge dalam aksi kedua Kumpulan A di Bangkok, sebentar tadi.

Selepas kalah sengit 18-21, 22-24 kepada pilihan utama, Lee Yang-Wang Chi-Lin pada perlawanan pembukaan semalam, beregu muda negara itu menang 21-19, 21-18 ke atas Ellis-Langridge.

Yew Sin-Ee Yi akan mengesahkan tiket separuh akhir jika mengalahkan satu lagi pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy dalam aksi terakhir kumpulan esok.

Seorang lagi beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan meraih tiket separuh akhir lebih awal jika mengalahkan pasangan Rusia, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov dari dalam Kumpulan B sebentar tadi.

Lee Zii Jia pula akan ditunjukkan jalan keluar lebih awal jika tumpas kepada bekas juara dunia, Viktor Axelsen dari Denmark petang ini. Perseorangan lelaki No. 1 negara itu kalah 16-21, 21-12, 11-21 kepada Chou Tien Chen dari Taiwan dalam aksi pembukaan semalam.

Dalam beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mencari kemenangan kedua apabika berdepan pasangan Korea Selatan, Lee So Hee-Shin Seung Chan, manakala Vivian Hoo-Yap Cheng Wen menentang pilihan utama dari Indonesia, Greysia Polii-Apriyani Rahayu.

Malaysia turut memiliki wakil dalam beregu campuran yang menyaksikan Goh Soon Huat-Shevon Lai bertemu Thom Gicquel-Delphine Delrue dari Perancis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya