Covid-19 terus bayangi Terbuka Thailand - Utusan Malaysia

Covid-19 terus bayangi Terbuka Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang jurulatih Jerman dan anggota skuad Perancis disahkan positif Covid-19 dalam ujian terbaru yang dilakukan dalam kejohanan badminton Terbuka Thailand, sehari selepas pemain Mesir dijangkiti virus tersebut.

Terbuka Thailand adalah kejohanan pertama daripada tiga pertandingan berturut-turut yang diadakan di Bangkok selepas kalendar badminton antarabangsa kembali dibuka setelah terjejas akibat pandemik berkenaan tahun lalu.

Kedua-dua individu itu kini di bawah pemantauan hospital di Bangkok, dan mereka harus berada di situ sekurang-kurangnya 10 hari, umum Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebentar tadi.

SAINA NEHWAL

Badan induk itu berkata, semua pemain yang menjalani ujian semalam memperoleh keputusan negatif dan peraturan penjarakan sosial ketat sudah mula dijalankan.

Pada hari pertama kejohanan, empat pemain disahkan positif dan dua adalah wakil India yang itu dibawa ke hospital sebelum dibenarkan pulang.

BWF mengesahkan salah seorang daripada empat pemain tersebut ialah beregu campuran Mesir, Adham Hatem Elgamal yang kemudian menarik diri dari kejohanan.

Bintang perseorangan wanita India, Saina Nehwal antara tiga pemain yang diuji positif, namun dibenarkan beraksi kerana mempunyai sejarah pernah dijangkiti. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya